Tuesday, December 8, 2009

SEJARAH PENUBUHAN.


Madrasah Tarbiah Islamiah telah diasaskan pada tahun 1985 dan mula beroperasi sebagai SAR sepenuh masa pada tahun 1988 di atas Lot 235 Batu 7 ½, Jalan Kuala Sepetang, Matang, yang telah diwakafkan secara lisan. Perancangan penubuhannya adalah bagi memenuhi cita – cita untuk menwujudkan sebuah Sekolah Rendah Islam sebagai satu sistem pendidikan yang berteraskan Islam yang syumul.
Madrasah ini telah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Perak pada tahun 1993 dan didaftarkan semula pada tahun 1997 dengan nombor pendaftarannya J.A.I.Pk / SRAR / TG. 47 /97.
Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan Madrasah ini telah berpindah ke tapak lain dengan kebenaran Majlis Agama Islam Perak. Maka pada 6 Jun 2001 Madrasah ini telah berpindah ke Lot 1058, Batu 7 ½, Jalan Kuala Sepetang, Matang.

0 comments: